Karnival Keusahawanan

Kain rentang pengiklanan Karnival Keusahawanan

Pembungkusan Produk

Gambar kenangan bersama rakan-rakan

Produk tambahan CCNT 'Sagu kelapa'

Produk jualan di hari karnival

Gambar ahli kumpulan CCNT

Gambar kenangan bersama penasihat karnival

Ahli kumpulan bersama Pn. Penasihat sem satu

Potrat Ahli kumpulan CCNT


 Gerai keusahawanan CCNT dari pandangan hadapan 

Gambar ahli melakukan proses produktiviti

Sedang sibuk membuat hiasan untuk 'Coconut Shake'

Gambar bersama pelanggan

Gambar pemprosesan 'Coconut Shake'

Ahli Coconut Crew Enterprise



1.       

Mohd Fahrul Ilmi Bin Mohamad Noh

890105-08-6769

 

( 08DPM07F2004)

 

2.       

Mohd Nor Shafiq Bin Md Said

890913-10-6297

 

( 08DPM07F2005)

 

3.       

Muhammad Syahir Bin Abdullah

890109-03-5037

 

( 08DPM07F2038)

 

4.       

Muhammad Akmal Bin Mahd Sah

890220-10-5267

 

( 08DPM07F2035)

 

5.       

Nurul Nadwaa Binti Ali

891014-11-5506

 

( 08DPM07F2037)

 

6.       

Nur Fatin Binti Norazman

890630-04-5146

 

( 08DPM07F2002)

 

7.       

Dhiya Hikmahana Binti Abd. Razak

890531-59-5312

 

( 08DPM07F2016)

 

8.       

Siti Zulaikha Binti Ja’afar

890531-10-5352

 

( 08DPM07F2022)

 

9.       

Norain Binti Kamarudin

890505-14-5510

 

( 08DPM07F2011)

 

Laporan Hari Keusahawanan 2009

Coconut Crew Enterprise telah mengambil bahagian dalam Hari Keusahawanan 2009 yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 22,23 dan 24 April 2009. Hari Keusahawanan ini diadakan bersempena Pesta Konvokesyen PSA yang Ke-11 yang turut diadakan pada hari tersebut.


Coconut Crew Enterprise menjalankan perniagaan yang  berasaskan kelapa seperti Coconut Shake,jeli kelapa,sagu kelapa dan air kelapa.Selain itu juga terdapat bahan jualan tambahan iaitu muruku. Di peringkat awal,sambutan hangat hanya tertumpu kepada air kelapa sahaja kerana air kelapa yang ditawarkan adalah air kelapa semulajadi dan tanpa perasa serta pewarna tiruan.


Namun setelah diperkenalkan dan dihebahkan tentang produk terbaru Coconut Crew Enterprise iaitu Coconut Shake,permintaan semakin meningkat dari semasa ke semasa.Para pelanggan agak teruja dengan produk baru tersebut kerana mereka pertama kali mendengar tentang Coconut Shake dan harga yang ditawarkan turut berpatutan. Dari awal 10pagi segala barang keperluan untuk berniaga telah diatur sempurna dan setiap pekerja telah memulakan tugas masing-masing.


Kerjasama dan rasa tanggungjawab yang  telah ditonjolkan oleh setiap pekerja Coconut Crew Enterprise,telah memudahkan dan melicinkan perjalanan urusniaga pada hari tersebut. Bertemakan kelapa yang berwarna hijau,para pekerja Coconut Crew Enterprise tidak terlepas untuk memperagakan baju kumpulan mereka yang turut berwarna hijau baik pekerja lelaki mahupun pekerja perempuan, mereka sama-sama sepakat untuk memakai baju berwarna hijau bagi melambangkan identiti kumpulan mereka.


Hal ini telah menarik ramai pengunjung datang berkunjung ke gerai mereka dan membeli barangan jualan mereka. Gerai mereka ditutup pada pukul 10 malam namun pada hari terakhir karnival,gerai ditutup seawal jam 6 petang kerana aset penting syarikat iaitu buah kelapa telah kehabisan. Coconut Crew bersaing dengan beberapa gerai  jualan yang lain,dimana pelbagai jualan di sajikan untuk para pengunjung. Gerai Coconut  Crew Enterprise ditempatkan bersama-sama dengan gerai para pelajar perdagangan yang mengambil kursus keusahawanan.


Hari Keusahawanan merupakan projek bagi setiap pelajar yang mengambil kursus keusahawanan dan pemarkahan diambil kira dari pelbagai sudut antaranya kerjasama antara ahli kumpulan, inovasi barang jualan,kebersihan dan keceriaan gerai serta lain – lain lagi. Namun yang mendukacitakan ialah gerai para pelajar turut bersaing dengan gerai-gerai daripada penjual luar dimana kedudukan gerai mereka adalah strategik iaitu di bahagian hadapan,berbanding gerai para pelajar adalah di bahagian belakang  iaitu di tempat letak kereta JPG.


Kedudukan yang kurang strategik ini telah memberi impak besar kepada semua gerai para pelajar dimana para pengunjung luar tidak mengetahui kewujudan gerai-gerai mereka.Para pelajar menganggap semua ini sebagai satu cabaran dan pendekatan kaedah ‘DELIVERY’ telah disediakan terutama untuk para pensyarah.


Di hari terakhir berniaga,aset utama iaitu bahan mentah telah habis digunakan bagi urusniaga.Bahan mentah seperti kelapa,susu cair,susu pekat dan air gula perlu dihabiskan stoknya kerana segala urusniaga adalah berakhir di sini sahaja dan selepas ini tiada lagi urusan jualbeli akan dijalankan. Tamatnya karnival keusahawanan,tamat jugalah sebarang urusniaga syarikat berkenaan. 


Tiga  hari untuk berniaga telah sampai ke penghujung dan segala kunci kira-kira telah diperkemaskinikan dan Coconut Crew Enterprise telah memperoleh keuntungan atas urusniaga gerai mereka.Kesimpulannya,kepuasan untuk merasai suasana karnival keusahawanan yang sebenar masih belum mencapai pada tahap maksimum namun pengalaman urusniaga yang amat berharga dapat mereka perolehi  dan harus mereka aplikasikan untuk perjalan hidup yang akan datang.


Sekian.Terima kasih

PRESTASI KUNCI KIRA-KIRA COCONUT CREW ENTERPRISE

Tahun

2009

2010

2011

2012

Aset tetap

 

 

 

 

blender

159

159

159

159

Kelengkapan

18.4

18.4

18.4

18.4

Banner

33.6

33.6

33.6

33.6

 

 

 

 

 

Aset semasa

 

 

 

 

Bank

1350

1350

1350

1350

Stok Akhir

125.755

125.755

125.755

125.755

JUMLAH ASET

1686.755

1686.755

1686.755

1686.755

 

 

 

 

 

Ekuiti pemilik

 

 

 

 

Modal

1350

1350

1350

1350

Untung bersih

336.755

336.755

336.755

336.755

JUMLAH EKUITI PEMILIK

1686.755

1686.755

1686.755

1686.755