Pengenalan Coconut Crew Enterprise

Syarikat Coconut Crew mula ditubuhkan pada 27hb Januari 2009. Dianggotai seramai 9 orang ahli berdaftar selaku pemegang-pemegang syer saham dan diterajui oleh Mohd Fahrul Ilmi Bin Mohammad Noh sebagai Pengarah Urusannya. Syarikat yang ditubuhkan ini merupakan syarikat perkongsian (B – 5 – 0319). Kesemua pemegang syer saham syarikat adalah 100 % Bumiputera,mereka merupakan penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)  dan bakal penerima Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) di akhir pengajian kelak.

 

Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan produk yang berasaskan buah kelapa seperti Coconut Shake, Jeli Kelapa dan air kelapa. Selain itu juga urusan jual beli yang dijalankan nanti akan dijadikan pengalaman hidup di masa hadapan dalam menjalankan perniagaan jual beli yang lain. Syarikat Coconut Crew merupakan projek perintis yang menjanjikan pulangan yang setimpal kepada ahli-ahli perkongsian yang menyertai program-program yang disediakan yang mana terlebih dahulu telah dipersetujui oleh Pengarah Urusan.

 

Pihak Pengurusan Syarikat Cocoonut Crew telah merangka pelan tindakan yang strategik dan seimbang dalam menggabungkan pelan perniagaan dengan kesemua jenis pelaburan samada pelaburan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang mengutamakan penekanan dalam pembangunan aset serta pulangan ekonomi bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi bagi setiap  ahli perkongsian yang berdaftar.

 

Pelan perniagaan yang dirangka adalah melalui beberapa perbincangan dan persetujuan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan yang telah dijalankan oleh ahli - ahli Jawatankuasa berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarikat sebagai landasan untuk mencapai hala tuju yang dirancang.